About Me

My photo
gua ni xde la hensem sgt, tp adalah 2-3 org yg tepikat..gua ni baik hati, pnyabar, solat jrg tggl, puasa pn sma..gua mna da mrh bdak kcik, gua mrh bdak bsr je..

Wednesday, February 25, 2009

Awak..Saya Sayang Awak...

Hari Tu Kita Gaduh,
Saya Main-Main,
Awak Ingat Betul-Betul,
Tak Tau Nak Buat Macam Mana Lagi,
Lantak Awak Lah..

Semalam Kita Berselisih,
Saya Buat Dunno,
Awak Panggil Saya,
Saya Buat Dunno Juga,
Degilnya Saya..

Saya Nampak Awak,
Saya Nak Panggil,
Tapi Awak Tak Toleh Pun,
Sebab Saya Panggil Awak Dalam Hati,
Bodohnya Saya...

Awak Tegur Saya,
Saya Buat Dunno,
Tapi Awak Tak Tau Betapa Heppynya Saya,
Saya Dengar Awak Cerita,
Awak Kata Dah Jatuh Cinta,
Sedihnya Saya..

Awak Keluar Tengok Wayang,
Saya Pun,
Awak Keluar Dengan Si Dia,
Saya Tengok Aje...

Awak Call Saya,
Mengacau Betul,
Tengah Tido Lah,
Saya Layankan Aje,
Awak Cakap Awak Dah Putus,
Saya Tersenyuim Sampi Ke Telinga,
Tapi Awak Tak Nampak,
Saya Cakap,
Kesiannya Awak...
Hipokritnya Saya...

Hari Ini Hari Jadi Saya,
Tapi Awak Lupa,
Tapi Takpe,
Awak Bukannya Sesiapa Pun...

Awak Minta Maaf,
Saya Senyum Aje,
Saya Kata Saya Tak Kisah,
Awak Belanja Tengok Budak Kelate,
Ish..Tak Romantiknya...
Tapi Best Per...

Saya Dapat Bunga,
Cantik Suka Sangat,
Tapi Xtau Saper Pengirimnya,
Awak Nampak,
Awak Terus Balik...

Saya Panggil Awak,
Tapi Awak Xtoleh,
Saya Cuma Nak Bagi Tau...
Awak!!!!LORI!!!!

Saya Kejar Awak,
Awak Terus Jalan,
Saya Tolak awak,
Awak Jatuh,

Saya Nampak Lori,
Betul-Betul Depan Awak,
Kalau Ia Sempat,
Saya Nak Bagi Tau...

Awak...SAYA SAYANG AWAK...

Tuesday, February 17, 2009

KALAU SUAMI, JIKA SUAMI

KALAU SUAMI

Kalau suami mula berahsia,
Itu tandanya dia tak setia

Kalau suami meninggi suara,
Itu tandanya dia dah ada mak we

Kalau suami mengaku bujang tua,
Itu tandanya dia nak ngurat anak dara

Kalau suami selera tak ada,
Itu tandanya dia nak pasang dua

Kalau suami lambat balik aje,
Itu tandanya dia dah syok kat deparment dia
tidur di ruang tamu
Itu tandanya dia dah jemu

Kalau suami malam jumaat buat tak tahu
Itu tandanya tak lama lagi hidupmu bermadu

Kalau suami garang macam singa,
Itu tandanya hati dia dah tak cinta

Kalau suami asyik komplen aje,
Itu tandanya dia dah tak suka

Kalau suami mula sepak terajang ke muka,
Itu tandanya dia nak memberimu title JANDA..


JIKA SUAMI

Jika suami sayangkan isteri,
Dapat gaji semua diberi

Jika suami sayangkan isteri,
Kerja rumah rela dikongsi

Jika suami sayangkan isteri,
Kereta diberi, suami naik LRT

Jika suami sayangkan isteri,
Duit poket diberi setiap hari

Jika suami sayangkan isteri,
SMS dikirim tanda rindu dihati

Jika suami sayangkan isteri
Kongsi masalah nasihat dikasi

Jika suami sayangkan isteri,
Diberi ciuman setiap pagi

Jika suami sayangkan isteri,
I love U, I miss U katanya setiap hari

Jika suami sayangkan isteri,
Isteri gemuk, dikatakan seksi,

Jika suami sayangkan isteri,
Sakit sikit selongkar laci ubat dicari

Jika suami sayangkan isteri,
Kemana sahaja dibawa pergi

Jika suami sayangkan isteri,
Sentiasa jujur perihal diri

Jika suami sayangkan isteri,
Status berkahwin bangga sekali

Jika suami sayangkan isteri,
Cintanya suci hingga ke mati

PESANAN KEPADA ISTERI-ISTERI :
Adakah suami2 kita tergolong dlm kategori JIKA SUAMI atau KALAU SUAMI?

JIKA SUAMI ... lebih banyak dari KALAU SUAMI maka bersyukurlah kerana
rumahtangga anda umpama SYURGA.

Saturday, February 14, 2009

HUKUM SUMPAH LAKNAT

ULAMA DAN UMARA

TO ALL MY LOVELY FRIEND


I WAITED 9 MONTHS TO SEE THE WORLD,

1 YEARS TO WALK,

2 YEARS TO TALK,

5 YEARS TO START STUDYING,

BUT.....

I REALLY WAITED MANY YEARS TO FIND A FRIEND LIKE U..

KEEP IN TOUCH..

U I LUV..

4 EVER N EVER..

Friday, February 13, 2009

Burung Kakak Tua

Seorang suami yang baru pulang dari Luar negara telah membawa pulang
Burung Kakak Tua sebagai kenangan.

Isteri : "Kenapa abang beli burung ni? istimewa sangat ke?"

Suami : "Ooo.. awak nak tau ye?? Sambil mengangkat tangan kiri sambil
memainkan jarinya... secara spontan burung kakak tua itu menyanyi Lagu Pop...
Lalu lelaki itu menurunkan tangan kiri dan mengangkat tangan kanan
burung kakak tua itu menyanyikan Lagu Rock pula...

Isteri : "Bagaimana kalau kedua-dua tangan diangkat serentak?"

Suami : "Cubalah lah angkat kalau nak tahu.. !!"

Isterinya terus mengangkat kedua-dua belah tangannya dan
terdengarlah...

Burung Kakak Tua : "SATU-SATU LAH... BODOH!!!"

Thursday, February 12, 2009

DOA TUAN GURU DALAM MENEGAKKAN AGAMA ALLAH

YA ALLAH, KAMI DISERANG, DIHIMPIT DARI SEGENAP PENJURU DALAM MENEGAKKAN AGAMAMU, SESUNGGUHNYA KAMI TAK TERDAYA. MAKA KAMI BERSERAH KEPADAMU UNTUK MEMBANTU KAMI MENEGAKKAN AGAMAMU..AMIN..

DOA ISTIQARAH

"YA ALLAH, SESUNGGUHNYA AKU MENGHARAP DAPAT MEMILIH SESUATUNYA
KAU YANG MENTAQDIRKAN SESUATU DAN TIADALAH AKU DAPAT MENTAQDIRKANNYA
DAN ENGKAULAH MAHA MENGETAHUI DAN ADALAH AKU TIDAK MENGETAHUI, DAN
ENGKAULAH MAHA MENGETAHUI SEGALA YANG GHAIB-GHAIB.

YA ALLAH, JIKA ADALAH MENURUT PENDAPATMU, PEKERJAAN INI (SESUATU
YANG HENDAK DILAKUKAN) KEBAIKAN BAGIKU UNTUK AGAMAKU, DAN KEHIDUPANKU
DAN BERAKIBAT YANG BAIK PADA PEKERJAAN KU INI, MAKA TAQDIRKANLAH DIA
BAGIKU DAN KEMUDIAN BERILAH KEBERKATAN DIA BAGIKU, DAN JIKA MENURUT
PENGETAHUANMU, BAHWA PEKERJAAN INI KEBURUKAN BAGIKU PADA AGAMA KU,
KEHIDUPANKU DAN MEMBURUKKAN AKIBATNYA, MAKA (MOHONLAH AKU) AGAR
ENGKAU JAUHKAN DIA DARIPADAKU, DAN KURNIAKANLAH BAGIKU HANYA KEBAIKAN,
DI MANA SAJA BERADA DAN KEMUDIAN REDHAILAH DENGANNYA BAGIKU."

NUKILAN BUAT KEKASIH

awak,
kalau awak SAYANG saya
terimalah saya seadanya
sebab ini adalah diri saya
saya tak boleh jadi orang lain
sebab saya memang macam ini

awak,
kalau awak YAKIN dengan saya
awak takkan pertikaikan saya
atau kata macam-macam kat saya
sebab saya tak pernah tanamkan
keraguan pada awak

awak,
saya tak nak benihkan baja was-was
saya juga tak nak suburkan api penipuan
sebab saya tahu PENGKHIANATAN itu menyakitkan

awak,
hidup ini perjuangan
banyak yang kita kena tempuh
apa yang jadi di depan
sukar untuk kita telah
tapi kita boleh merancang
selebihnya kita berSERAH

awak,
kalau hari ni saya rebah
tolonglah PIMPIN saya
saya juga lemah
kadang-kadang jalan yang panjang
buat saya tersadung.

Wednesday, February 11, 2009

HADITH TENTANG WANITA YANG MEMOTONG BADANNYA SENDIRI

“ Perempuan yg memotong badannya sendiri dgn gunting api neraka, kerana ia memperkenalkan dirinya kpd org lain.”

Yang dimaskudkan oleh hadith tersebut ialah wanita yang mendedahkan aurat untuk tontonan umum atau wanita yang bersolek dan berhias untuk ditunjukkan kepada lelaki yang bukan mahramnya.

Oleh itu janganlah seorang wanita meletakkan gambarnya yang mendedahkan aurat atau berhias cantik didalam internet sama ada dalam frienster atau lainnya sekalipun dengan niat mencari sahabat atau merapatkan ukhuwwah.

Menyertai frienster tidak semestinya perlu menonjokan kecantikan wajah atau tubuh badan.

Menulis dengan tulisan2 yang baik juga boleh merapatkan ukhuwwah dan mengembangkan tali persahabatan diantara sesama manusia.

wallahua'lam

HADITH SOHEH TENTANG AURAT PEREMPUAN

"Wahai Asma', sesungguhnya seorang perempuan apabila sampai umar Haid, tidak boleh dilihat daripadanya melainkan ini dan ini, lalu baginda mengisyaratkan ke Muka dan dua tapak tangan." Hadith ini diriwayatkan dari 'A-isyah r.'anha. Al-Albani di dalam Soheh Abi Daud menSOHEHkannya." wallahu a'lam.

BETIS DAN PEHA BUKAN AURAT?

(1)Hadith A’ishah :

Sesungguhnya ketika Rasulullah sedang duduk dalam keadaan peha atau betis baginda terdedah .Abu bakar meminta izin untuk masuk menemui baginda lalu Rasulullah membenarkannya sedangkan baginda dalam keadaan itu,kemudianUmar meminta izin untuk masuk lalu Rasulullah membenarkannya sedangkan baginda tetap dalam keadaan itu kemudian Uthman meminta izin untuk masuk lalu Rasulullah membenarkannya setelah menutup peha baginda .Ketika mereka beredar aku bertanya kepada Rasulullah “Abu Bakr dan Umar meminta izin,engkau mengizinkan dalam keadaanmu(terdedah peha).Ketika Uthman meminta izin engkau menutup pehamu dengan pakaianmu”.Sabda Rasulullah “ Wahai A’ishah apakah aku tidak merasa malu dengan orang yang para malaikat malu kepadanya”.(Riwayat Bukhari [ta’li], Muslim , Ahmad , Ibn Hibban , Mu’jam al-Kabir at-Tabrani, Sunan Baihaqi , Musnad Abu Ya’la, Musykal al-A’tsar al-Thahawi)

(2)Hadith Anas :

Sesungguhnya kain Rasulullah tersingkap sehingga terdedah peha baginda pada hari perperangan khaibar sehingga aku dapat melihat putih peha baginda(Riwayat Bukhari , Ahmad , Sunan Baihaqi)

(3)Hadith Zaid Bin Tsabit:

Ketika wahyu turun, sesungguhnya lutut Rasulullah berada diatas lututku.(Bukhari [ta’lik ] , Ahmad , Abu Daud , Sunan Baihaqi , Musannaf Abd Razak , Mustadrak Al-Hakim , Mu’jam al-Kabir at-Tabrani , Musykil al-A’tsar at-Thahawi

(4)Hadith Abdullah bin Samit :

Sesungguh aku bertanya sesuatu kepada Abu Dzar lalu dia menepuk pehaku dan dia berkata “Sesungguhnya aku bertanya kepada Rasulullah sebagaimana engkau bertanya kepadaku lalu Rasulullah menepuk pehaku sebagaimana aku menepuk pehamu” lalu baginda bersabda “kerjakanlah solat pada waktunya………..”.(Sunan Baihaqi)

5)Hadith Muhammad bin Jahsyi & Jarhad & Ibn Abbas:

“Sesungguhnya Rasulullah menemui Ma’mar(dalam rawayat lain Jarhad) dalam keadaan pehanya terdedah lalu baginda bersabda “Wahai Ma’mar, tutuplah pehamu kerana peha adalah aurat.(Bukhari [ta’liq] , Ahmad, Sunan Baihaqi , Mustadrak Al-Hakim , Mu’jam al-Kabir at-Tabrani , Ma’rifat as-Shahabah Abu Nu’aim, Musykal al-Atsar at-Thahawi)

Pandangan Ibn Hajar al-Asqalani berkenaan hadits ini (Fath al-Bari):

Hadis Ibn Abbas riwayat at-Tirmidzi Daif

Hadith Jarhad riwayat Malik,at-Tirmidzi menyatakan Hasan , ibn Hibban menyatakan sahih , didaifkan oleh al Bukhari di dalam at-Tarikh

Hadith Muhammad bin Jahsyi Riwayat Ahmad , Al-Hakim dan al-Bukhari dalam at-Tarikh dengan jalan Abu Katsir.Kekuatan hadith Abu Katsir tidak diperakui oleh ulama’ walaupun ramai meriwayatkan hadith nya.

6)Hadith Abdullah bin Amru :

Sesungguhnya diantara peha dan lutut adalah aurat.(Dar al-Qutn)

Kekuatan Hadith ini belum dapat dipastikan,Kesemua perawi hadith ini adalah dipercayai kecuali Muhammad b Makhlab b Hafs. Az-Zahabi menyantakan bahawa dia dipercayai(Tazkirah al-Huffaz & Nusub ar-Raayah) dan Ibn Hajar al-Asqalani(Lisan al-Misan) menyatakan bahawa beliau lemah.

Pada zahirnya kebanyakan hadith-hadith berkenaan masalah aurat lelaki bertentangan.Disebabkan itu ulama berselisih pendapat didalam bab ini.Imam asy-Syafi’e , Malik dan Abu Hanifah berpandangan bahawa peha merupakan sebahagian dari aurat lelaki sedangkan Imam Ahmad(dalam sebahagian riwayat darinya) , Daud adz-Zhohiri, Ibn Abi dzi’b(al-mughni) ,Sufyan as-Tsauri , Abu Sulaiman, (al-Muhalla), al-Bukhari berpandangan sebaliknya.

Jika dinilai kekuatan hadis, hadis yang menyatakan bahawa peha bukanlah aurat lelaki lebih kuat sebagaimana disebutkan oleh imam bukhari “Hadith Anas (2) lebih kuat sanadnya sedangkan hadith jarhad (5)lebih berhati-hati”(Sahih Bukhari)

Imam Bukhari juga meletakkan hadis Zaid (3) didalam bab “khabar berkenaan dengan peha” ini menunjukkan bahawa al-bukhari cenderung untuk mengatakan bahawa peristiwa tersebut berlaku dalam keadaan peha Rasulullah bersentuh dengan peha zaid tanpa berlapik walaupun al-Ismai’li (penulis al-mustakhraj ‘ala al-Bukhari) menerangkan bahawa perihal berlapik atau tidak berlapik tidak disebut didalam hadis(fath al-Bari).

Imam an-Nawawi pula didalam syarah Sahih Muslim menjelaskan bahawa hadis A’ishah(1) tidak boleh dijadikan alasan untuk menyatakan bahawa peha bukannya aurat disebabkan rawi didalam hadis muslim tidak pasti antara peha atapun betis nabi yang terdedah.Tetapi didalam riwayat ibn Hibban ,at-Tabrani dan at-Thahawi dengan jelas disebutkan peha rasulullah yang terdedah.

Ibn Hazm al-Andalusi beralasan bahawa seandainya peha adalah aurat lelaki sesungguhnya Rasululah tidak akan menyentuh aurat seseorang sedangkan Rasulullah telah menyentuh peha Abu Dzar (4).Jika peha adalah aurat,Allah pasti akan memelihara aurat Rasulnya daripada dilihat orang lain sedangkan ada sebahagian sahabat yang telah melihat aurat rasul (1) dan (2).Ini menunjukkan bahawa peha bukanlah aurat dan ibn Hazm menjelaskan bahawa semua hadith yang meriwayatkan bahawa peha adalah aurat adalah bertaraf Daif(Al-Muhalla).

Ada sebahagian daripada para sahabat yang pernah mendedahkan peha mereka selepas kewafatan Rasul antaranya Abu bakar dan Tsabit bin Qais dan ada juga antara mereka yang menyatakan bahawa peha adalah aurat seperti Umar dan Ibrahim :

Kata Jabair Bin Huwairits :Aku melihat Abu Bakar as-Siddiq berdiri diatas sebuah bukit di Muzdalifah dan berkata “ Wahai manusia, bangunlah untuk bersolat subuh” .Aku mendapati bahawa peha beliau terdedah.(Al-Musannaf ibn Abi Syaibah)

Diantara jalan terbaik untuk memahami hukum peha lelaki sama ada termasuk aurat atau tidak setelah mengambilkira kesemua hadith adalah seperti berikut:

~Tidak ada Hadith yang menyebutkan dengan jelas bahawa mendedahkan lutut termasuk dosa besar atau kecil

~Hendaklah memakai pakaian yang menutup peha ketika berada dikhalayak sebagai menjaga maruah

~Tidaklah menjadi kesalahan sekiranya pakaian terselak sehingga mendedahkan peha

~Tidaklah menjadi kesalahan untuk seseorang mendedahkan pehanya ketika berada di dalam rumah sendiri

~Sesiapa yang memilih hanya untuk beramal dengan hadith yang paling kuat dan jelas apabila berlaku perbezaan pandangan (Dzahir an-nusus),maka kesimpulannya peha bukanlah aurat

~Sesiapa yang memilih jalan paling selamat (dengan mengelakkan diri dari kemungkinan melakukan perkara haram) diantara dua pandangan, maka kesimpulannya peha adalah aurat.

AURAT WANITA DI HAPADAN ADIK ATAU ABANG IPAR

Adik-beradik suami kamu dan anak-anak mereka bukanlah mahram (lelaki-lelaki yang diharamkan berkahwin) kamu. Justeru itu kamu wajib menutup aurat di hadapan mereka sekalipun mereka itu daripada golongan yang warak dan dipercayai.

Firman Allah dalam Surah al-Nur ayat 31: (maksudnya) “Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan mereka, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya”.

ALLAH TIDAK TERIMA SOLAT ORANG YANG MENDEDAHKAN AURAT. JANGAN BIARKAN AMALAN KITA SIA-SIA DAN TIDAK DITERIMA ALLAH.

10 JENIS SOLAT YANG TIDAK DITERIMA OLEH ALLAH S.W.T

Rasulullah S.A.W. telah bersabda yang bermaksud : "Sesiapa yang memelihara solat, maka solat itu sebagai cahaya baginya, petunjuk dan jalan selamat dan barangsiapa yang tidak memelihara solat, maka sesungguhnya solat itu tidak menjadi cahaya, dan tidak juga menjadi petunjuk dan jalan selamat baginya." (Tabyinul Mahaarim)

Rasulullah S.A.W telah bersabda bahwa : "10 orang solatnya tidak diterima oleh Allah S.W.T, antaranya :

1. Orang lelaki yang solat sendirian tanpa membaca sesuatu.

2. Orang lelaki yang mengerjakan solat tetapi tidak mengeluarkan zakat.

3. Orang lelaki yang menjadi imam, padahal orang yang menjadi makmum membencinya.

4. Orang lelaki yang melarikan diri.

5. Orang lelaki yang minum arak tanpa mahu meninggalkannya (Taubat).

6. Orang perempuan yang suaminya marah kepadanya.

7. Orang perempuan yang mengerjakan solat tanpa memakai tudung.

8. Imam atau pemimpin yang sombong dan zalim menganiaya.

9. Orang-orang yang suka makan riba'.

10. Orang yang solatnya tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan yang keji dan mungkar."

Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud : "Barang siapa yang solatnya itu tidak dapat menahannya dari melakukan perbuatan keji dan mungkar, maka sesungguhnya solatnya itu hanya menambahkan kemurkaan Allah S.W.T dan jauh dari Allah."

Hassan r.a berkata : "Kalau solat kamu itu tidak dapat menahan kamu dari melakukan perbuatan mungkar dan keji, maka sesungguhnya kamu dianggap orang yang tidak mengerjakan solat. Dan pada hari kiamat nanti solatmu itu akan dilemparkan semula ke arah mukamu seperti satu bungkusan kain tebal yang buruk."

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

"Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid denganmenangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W,ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi yang berwarna hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W,kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayatitu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan,maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlahkeadaan orang yang meninggalkan sembahyang.Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya:
*1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
*2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
*3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

MAKA INILAH BALASANNYA.....

BALASAN MENINGGALKAN SOLAT

"Diriwayatkan bahawa pada suatu hari Rasulullah S.A.W sedang duduk bersama para sahabat, kemudian datang pemuda Arab masuk ke dalam masjid denganmenangis. Apabila Rasulullah S..A.W melihat pemuda itu menangis maka baginda pun berkata, "Wahai orang muda kenapa kamu menangis?" Maka berkata orang muda itu, "Ya Rasulullah S.A.W,ayah saya telah meninggal dunia dan tidak ada kain kafan dan tidak ada orang yang hendak memandikannya."! Lalu Rasulullah S.A.W memerintahkan Abu Bakar r.a. dan Umar r.a. ikut orang muda itu untuk melihat masalahnya.Setelah mengikut orang itu, maka Abu Bakar r.a dan Umar r.a. mendapati ayah orang mudah itu telah bertukar rupa menjadi babi yang berwarna hitam, maka mereka pun kembali dan memberitahu kepada Rasulullah S.A.W, "Ya Rasulullah S.A.W,kami lihat mayat ayah orang ini bertukar menjadi babi hutan yang hitam." Kemudian Rasulullah S.A.W dan para sahabat pun pergi kerumah orang muda dan baginda pun berdoa kepada Allah W.T, kemudian mayatitu pun tukar kepada bentuk manusia semula. Lalu Rasulullah S.A.W dan para sahabat menyembahyangkan mayat tersebut.Apabila mayat itu hendak dikebumikan,maka sekali lagi mayat itu berubah menjadi seperti babi hutan yang hitam, maka Rasulullah S.A.W pun bertanya kepada pemuda itu, "Wahai orang muda, apakah yang telah dilakukan oleh ayahmu sewaktu dia di dunia dulu?" Berkata orang muda itu, "Sebenarnya ayahku ini tidak mahu mengerjakan solat."Kemudian Rasulullah S.A.W bersabda, "Wahai para sahabatku, lihatlahkeadaan orang yang meninggalkan sembahyang.Di hari kiamat nanti akan dibangkitkan oleh Allah S.W.T seperti babi hutan yang hitam."

Di zaman Abu Bakar r.a ada seorang lelaki yang meninggal dunia dan sewaktu mereka menyembahyanginya tiba-tiba kain kafan itu bergerak. Apabila mereka membuka kain kafan itu mereka melihat ada seekor ular sedang membelit leher mayat tersebut serta memakan daging dan menghisap darah mayat. Lalu mereka cuba membunuh ular itu. Apabila mereka cuba untuk membunuh ular itu, maka berkata ular tersebut, "Laa ilaaha illallahu Muhammadu Rasulullah, mengapakah kamu semua hendak membunuh aku? Aku tidak berdosa dan aku tidak bersalah.Allah S.W.T yang memerintahkan kepadaku supaya menyeksanya sehingga sampai hari kiamat." Lalu para sahabat bertanya, "Apakah kesalahan yang telah dilakukan oleh mayat ini?" Berkata ular, "Dia telah melakukan tiga kesalahan, di antaranya:
*1. Apabila dia mendengar azan, dia tidak mahu datang untuk sembahyang berjamaah.
*2. Dia tidak mahu keluarkan zakat hartanya.
*3. Dia tidak mahu mendengar nasihat para ulama.

MAKA INILAH BALASANNYA.....

5 PERINTAH ALLAH KEPADA RASULULLAH

"Daripada Nabi Muhammad s.a.w berkata: Pada waktu malam aku diisra'kan sampai ke langit, Allah telah memberi lima wasiat, iaitu:

1. Janganlah menggantungkan hatimu ke dunia, sesungguhnya aku tidak menjadikan dunia ini untuk engkau
2. Jadikanlah cintamu kepada-Ku, sebab tempat kembalimu adalah kepada-Ku.
3. Bersungguh-sungguhlah engkau mencari syurga.
4. Putuskan harapanmu kepada makhluk, sesungguhnya mereka itu sedikitpun tidak ada kuasa di tangan mereke.
5. Rajinlah mengerjakan solat tahajjud, sesungguhnya pertolongan itu beserta qiyamullail.

Ibrahim Adham pernah berkata: Telah datang kepadaku beberapa orang tetamu dan saya tahu mereka itu adalah wakil dutu tariqat. Saya berkata kepada mereka, berikanlah aku nasihat yg berguna, supaya aku takut kepada Allah S.W.T.

Lalu mereka berkata,"Kami wasiatkan kamu 7 perkara, iaitu:

1. Orang yang banyak bicaranya, jangan kamu harapkan sangat kesedaran hatinya.
2. Orang yang banyak makan, jangan kamu harapkan sangat kata-kata hikmat darinya.
3. Orang yang banyak bergaul dengan manusia, jangan kamu harapkan sangat kemanisan ibadahnya.
4. Orang yang cinta kepada dunia, jangan kamu harapkan sangat khusnul khatimahnya.
5. Orang yang bodoh, jangan kamu harapkan sangat hidup hatinya.
6. Oranng memilih berkawan dengan orang yg zalim, jangan kamu harapkan sangat kelurusan hatinya.
7. Orang yang mencari keridhaan manusia, jangan kamu harapkan sanagat keredhaan Allah padanya.

wallahualam"

RUKUN SOLAT

Rukun Solat terdiri daripada 13 perkra:

•Niat
•Takbiratul ihram
•Berdiri betul bagi orang yang berupaya
•Membaca surah Al-Fatihah
•Rukuk serta tamaqninah
•Iktidal serta tamaqninah
•Sujud serta tamaqninah
•Duduk antara dua sujud
•Duduk tahiyat akhir
•Membaca tahiyat akhir
•Membaca salawat ke atas nabi dalam tahiyat akhir
•Memberi salam yang pertama
•Tertib

Terdapat 11 perkara yang membatalkan Solat

•Meninggalkan salah satu rukun solat
•Berhadas kecil atau besar
•Makan atau minum
•Terkena najis pada badan, pakaian dan tempat solat
•Melakukan pergerakan pada anggota yang besar tiga kali berturut-turut
•Berkata-kata
•Berpaling dada daripada arah kiblat
•Ketawa dengan mengeluarkan suara
•Terbuka aurat dengan sengaja
•Berubah niat
•Murtad

Friday, February 6, 2009

Tanggungjawab Isteri Terhadap Suami

Selipar Aku Dicuri Lagi

Berhubung perkara di atas, pada hari ini, iaitu 6 Februari 2009 (Jumaat), sekali lagi selipar aku telah dicuri oleh salah seorang daripada jemaah masjid yang juga turut hadir untuk mendirikan Solat Jumaat secara beramai-ramai di Masjid Jamek, Perak, Tanjong Malim. Kecurian ini merupakan kecurian yang kedua berlaku ke atas diriku sepangjang tahun ini. Dan sekali lagi aku terpaksa berkaki ayam untuk pulang ke rumah. Aku terpaksa menahan kepanasan jalan tar demi untuk pulang ke rumah. Selain itu, aku juga terpaksa menanggung malu kerana ramai dalam kalangan jemaah masjid yang melihat aku berkaki ayam sambil berkata "Selipar kena curi lah tu...". Aku hanya mampu tersenyum sambil malu.

PERINGATAN: SILA KUNCI SELIPAR ANDA SEBELUM NAIK KE MASJID

Tuesday, February 3, 2009

Lastly..Ciap gak my Blog


Alhamdulillah...

Special Thanks to En. Aziz coz ajar aku wt blog, also thanks diucapkan kpd Afiti yg bntu aku cara2 wt e-mail n create blog, juga xlupe kpd Naezam @ Zam Tanjong Malim yg tlg aku masukkan lagu Teman Sejati ni, juga xdpt dilupakn kpd Baq @ Bakri Bonet yg turut bntu aku dlm mnjayakan blog ni, thanks jg kpd kwn2 len yg beri komen dan time kacih also kpd Mastika binti Jaafar @ MassCute yg tlh mnjadikan dirinya sbg org yg pertama yg tlh mengkomen (kritik) blog aku ni.. Juga xlupakan juga kpd kwn2 sperjuangan @ sepeperangan dalam Bidang Bimbingan Dan Juga Kaunseling ini..

Monday, February 2, 2009

Cahaya Muka Nabi Muhammad s.a.w

Telah diriwayatkan daripada Siti Aishah bahawa ia telah berkata :
"Sedang aku menjahit baju pada waktu sahur (sebelum subuh) maka jatuhlah jarum daripada tanganku, tiba-tiba kebetulan lampu pun padam, lalu masuklah Rasulullah s. a. w. Ketika itu juga aku dapat mengutip jarum itu kerana cahaya wajahnya, lalu aku berkata, " Hai Rasulullah alangkah bercahayanya wajahmu! Seterusnya aku bertanya: " Siapakah yang tidak akan melihatmu pada hari kiamat?" Jawab Rasulullah : "Orang yang bakhil." Aku bertanya lagi "Siapakah orang yang bakhil itu?" Jawab baginda : "Orang yang ketika disebut namaku di depannya, dia tidak mengucap selawat ke atasku."

BERDOA
Berkata Al-Barra' r. a. bahawa Nabi s. a. w. bersabda:"Segala doa itu terdinding (terhalang untuk dikabulkan) daripada langit sehingga orang yang berdoa itu mengucapkan selawat untuk Muhammad dan keluarga Muhammad."

KIJANG DAN ANAKNYA
Diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu di sisi Nabi s. a. w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya, lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w. : "Hai Pesuruh Allah, sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari." Bersabda Rasulullah s. a. w. "Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?" Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."Lalu Nabi s. a. w. pun bersabda kepada orang itu :"Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya." Kijang itupun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a. s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah)berfirman: "Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Sunday, February 1, 2009

Kisah Menyayat Hati

Semasa aku darjah 5, ada satu peristiwa yang paling sedih buat aku dan sukar untuk aku melupakannya iaitu aku ayah telah meninggal dunia kerana sakit jantung. Apa yang paling aku sedih ialah ayah aku meninggal secara mengejut, tiba-tiba sahaja sakit tu datang dan terus meninggal. Aku masih ingat ayah aku mati pada bulan Ramadhan, pada hari Jumaat. Kalau tak silap aku pada 7 november 1997. Pada malam sebelum ayah meninggal dunia, iaitu pada malam Jumaat, sekitar jam 9.30 malam, ayah sempat berpesan kepada abang aku yang ketiga agar selalu bersedekah al-Fatihah kepadanya setelah ayah meninggal dunia sambil memeluk-meluk abang aku yang yang ketiga, iaitu abang Wan. Selepas itu, abang Wan tertidur. Lebih kurang jam 10.45, tiba-tiba ayah sesak nafas dan sukar untuk bernafas. Mak pun segera menelefon ambulan dan lebih kurang jam 11.15, ayah dikejarkan ke Hospital Besar, Pasir Mas. Ayah diberikan bantuan kecemasan dan doktor mengatakan bahawa keadaan ayah stabil. Semua sanak-saudara aku berkumpul di hospital itu kecuali abang yang ketiga yang sedang nyenyak tidur di rumah. Oleh kerana doktor mengatakan keadaan ayah stabil, semua sanak-saudara aku pulang ke rumah kecuali abang aku yang sulung, iaitu abang Man yang menemani ayah di sisi. Tetapi apakan daya, Allah lebih menyanyangi ayah. Tepat jam 2.45 pagi, tiba-tiba ayah diserang sakit jantung untuk kali kedua. Kali ini lebih teruk dari yang sebelumnya. Ayah meronta-ronta kesakitan dan setelah diajar kalimah syuhadah oleh abang Man, ayah menghembuskan nafas terakhir jam 2.55 pagi hari Jumaat. Tepat jam 3.00 pagi, telefon rumah berdering, mak meraung-raung kesedihan dan menangis. Raungan ibu didengari oleh jiran-jiran dan sanak-saudara bersebelahan rumah dan mereka menuju ke rumah aku untuk mengetahui punca raungan ibu. Ibu hanya mampu menangis. Sanak-saudara dan jiran-jiran seolah-olah tahu punca raungan ibu itu dan turut menangis. Mereka tahu ayah telah tiada. Dan saat yang paling menyedihkan, abang Wan terjaga dari tidurnya yang nyenyak dan kebingungan melihat ibu dan sanak-saudara sedang menangis dan pantas menuju ke ruang tamu untuk bertanyakan punca tangisan itu. Ibu tidak mampu berkata apa-apa dan hanya mampu memeluk abang Wan sambil menangis teresak-esak. Mak Long aku menjelaskan perkara sebenar kepada abang Wan mengenai kematian ayah. Sebelum ini, abang Wan tidak tahu-menahu tentang ayah diserang penyakit jantung kerana sedang nyenyak dilamun tidur. Sedar-sedar, hanya tahu ayah sudah tiada. Abang Wan meraung-raung kesedihan dan memarahi ibu kerana tidak mengejutkannya dari tidur dan memberitahu tentang ayah yang sedang sakit di hospital. Abang Wan seolah-olah tidak dapat menerima berita tentang kematian ayah, dan menafikannya. Mengikut teori Psikoanalisis yang dikemukakan oleh Sigmund Freud, mekanisma bela diri berbentuk penafian yang melibatkan keengganan untuk mengakui realiti yang tidak disenangi dengan menafikan kewujudannya. Kebanyakkan manusia enggan menerima realiti, kematian orang yang disayangi, menafikan kritikan kata-kata doktor tentang diagnosis penyakit seseorang. Ini adalah untuk mengelakkan tekanan dan melindungi seseorang daripada konflik dan masalah sebenar yang dihadapi di dalam kehidupan seharian. Benarlah apa yang diperkatakan oleh tokoh tersebut. Sehingga sekarang abang Wan seolah-olah tidak percaya dan menafikan ayah telah meninggal. Ini kerana abang Wan tidak pun tahu di saat ayah sedang sakit, yang dia tahu hanyalah berita tentang kematian ayah.
Selepas itu, aku sekeluarga bergegas ke hospital untuk menuntut jenazah ayah. Tepat jam 4.00 pagi, jenazah ayah tiba di rumah dan sanak-saudara membaca surah Yassin di sisi jenazah. Surah Yassiin dibaca bagi mengelakkan jenazah tersebut diganggu oleh syaitan dan jin dan ia sebagai tanda penghormatan dan sedekah kepada Si Mati. Sementara menunggu jenazah di sempurnakan, ribuan kawan-kawan dan sanak-saudara membanjiri rumah untuk menatapi ayah buat kali yang terakhir sambil mengucapkan takziah kepada keluarga aku. Selepas jenazah siap dimandikan dan dikafankan, aku dan abang-abang sempat mengucup dahi ayah buat kali yang terakhir. Sebelum solat Jumaat, lebih kurang jam 11.15 pagi, jenazah ayah selamat dikebumikan tanpa sebarang masalah. Pada hari itu, hujan renyai-rentai membasahi bumi seolah-olah merahmati pemergian ayah.

The Number Of View Me